Tuesday, 10 June 2014

ORIENTEERING

Assalamualaikum..


Orienteering adalah aktiviti rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Aktiviti ini diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (treasure hunt). Aktiviti ini memerlukan anda berfikir sambil berlari. Ianya berpandukan kompas dan peta. Aktiviti ini juga merupakan aktiviti pandu arah yang bergerak secara individu atau berkumpulan melewati semua titik kawalan dalam masa yang singkat. 

Jenis-jenis orienteering
1) Orienteering merentas desa
2) Orienteering bermarkah
3) Orienteering jalan raya
4) Orienteering bukit
5) Orienteering malam
5) Orienteering berganti-ganti
6) Norwegian event

Kebaikan aktiviti orienteering
  • Meningkatkan kecerdasan fizikal
  • Meningkatkan kecergasan mental dan daya tumpu
  • Memberi cabaran dan keseronokan
  • Membina sikap positif dan keyakinan diri
  • Menggunakan persekitaran yang sihat
  • Meningkatkan kemahiran membaca peta dan kompas
  • Memupuk sifat keberanian dan ketenangan dalam keadaan cemas

Terminologi dan alatan
  • Titik kawalan
  • Penanda kawalan
  • Kad kawalan
  • Peta utama
  • Landasan
  • Kompas




Pada 16 Mei 2014 bersamaan dengan hari Jumaat, Kelab Rekreasi II telah mengadakan amali orienteering bertempat di sekitar bangunan akademik c, UiTM Sungai Petani. Puan Faridah binti Abdul Rahman telah telah mengadakan satu jam kelas teori mengenai orienteering sebelum amali dijalankan. Selain itu, Puan Faridah juga memberi tunjuk ajar cara menggunakan kompas untuk mencari koordinat tertentu.

Amali orienteering terbahagi kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kompas. Para pelajar dikehendaki menentukan sendiri koordinat dan menyediakn soalan untuk setiap titik check point. 








No comments:

Post a Comment