Saturday 10 May 2014

KAYAKING

Assalamualaikum.


Pengenalan


Kayak merupakan bot yang didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland dan biasanya dikenali sebagai Inuitatau Eskimo. Perkataan "kayak" asalnya bererti "bot manusia/lelaki". Pembinaan asalnya merupakan rangka kayu diselitupi dengan kulit haiwan seperti kulit anjing laut. Kayak ini asalnya digunakan untuk memburu di lautan lepas Lautan Artik.

Perbezaan antara kayak dan kanu

BIL.
PERBEZAAN
KAYAK
KANU
1.
Kayak merupakan pecahan daripada keluarga kanu.
Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakkan dengan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam.
2.
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup.
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka.
3.
Kayak dikayuh menggunakan dua bilah mata dayung di sebelah kiri dan kanan.
Bilah kanu dikayuh dengan menggunakan satu bilah mata dayung.
4.
Untuk menunggang kayak, bilah perlu di dayung dengan duduk secara berlunjur.
Semasa menunggang kanu pula, bilah perlu di dayung secara duduk berlutut.
5.
Bilah senang dan cepat untuk dikawal kerana bilah boleh terus di dayung tanpa dialihkan ke kiri ata ke kanan.
Susah dikawal sedikit kerana bilah perlu diaihkan ke kanan ata ke kiri untuk mendayung.
6.
Bilah di dayung menggunakan kedua-dua belah tangan pada kanan dan kiri kayak pada satu-satu masa.
Kanu menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mendayung samada di kiri atau kanan pada satu masa.
7.
Contoh: kayak polo
Contoh: sampan

Bahagian-bahagian Kayak




1. HALUAN & BURITAN (BOW & STERN)
Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung Kayak yang berfungsi sebagai arah tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak. Stern atau Buritan pulaialah bahagian belakang kayak. kedudukan Bow dan Stern ini adakalanya akan mengelirukan bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti berkayak. Tip untuk mengenali diantara Bow dengan Stern ialah melihat arah tempat duduk pendayung.

2. GUNWALE LINE / PAINTER LINE
GUNWALE LINE / PAINTER LINE ialah bahagian tepi atau sisi Kayak yang berfungsi sebagai penyeimbang bagi pendayung, apakah perahu yang dinaikkan itu sesuai dengan berat badannya atau tidak. Sisi kanan disebut dengan "starboard" dan sisi kiri disebut "portside".

3. HULL
Hull ialah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung kepada jenis kayak tersebut untuk apa digunakan.

4. DECK (Geladak)
Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan melakukan teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan ini dikenali sebagai"foredeck"dan dibelakangnya pula dikenali sebagai"afterdeck".

5. COCKPIT (Ruang Tempat Duduk)
Cockpit ialah ruangan yang di bentuk untuk pendayung kayak. Kedudukan Cockpit ini berbeza mengikut reka bentuk dan penggunaan kayak tersebut.

6. SEAT (Tempat Duduk)
Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbahagi dalam beberapa jenis iaitu Standar (bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana (biasa untuk kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan untuk di arus deras dan tempat duduk yang digunakan untuk pertandingan).

7. TOGGLE
Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat Kayak, letaknya diujung depan (Bow) dan Belakang (Stern)

8. COAMING
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengelilingi cokcpit, ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover.

9. KNEE BRACE
Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan ke kaki supaya kaki pendayung lebih kuat terhadap perahu.

10. TOWLINE / DECKLINE
TOWLINE / DECKLINE ialah tali yang diikatkan di hujung kayak (bow) dan buritan kayak (stern). Berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu (tunda).

11. KEEL
Terletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.

12. BUOYANCY
Buoyancy adalah bahan apungan yang terletak di bawah deck bagian depan (bow) dan deck bagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak terbalik dan tidak mudah tenggelam.

13. FOOTREST
Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat meletak kaki, bentuknya terdiri dari bar(dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow).

14. DECK EYE / EYE CLEAT
ECK EYE / EYE CLEAT ialah lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak di atas geladak.

15. EYE PIT
EYE PIT ialah lubang yang terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis kayak-kayak tertentu.

16. HATCH
HATCH ialah lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan belakang dek, yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis ekspedisi atau Sea Kayak.

17.BACK STRAP
Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang, berfungsi untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian belakang pendayung.


 
1. Tip (pelindung mata dayung)
Tip ialah kepingan logam yang berada di hujung mata dayung. Ia berfungsi melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan.

2. Drip Ring (bulatan getah)
Bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan neck. Ia berfungsi untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung.

3. Neck
Bahagian pencantumah anrada blade dan shaft.

4. Front of blade
Ia berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.

5. Back of blade
Ia berbentuk cembung, bertujuan untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata pendayung.

6. Blade (bilah mata dayung)
Blade ialah kepingan yang berada di hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada kegunaannya.

7. Shaft / Bar
Ia berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Ia merupakan bahagian pemegang dayung.

CARA MEMBAWA KAYAK

1. Pikulan di bahu berseorangan.

· Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak yang ringan ataupun kayak solo. Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak. Tangan yang dominan pula memegang hujung cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak, manakala sebelah tangan lagi memegang pendayung.

2. Kelekan di pinggang berpasangan.

· Digunakan untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak berpasangan. Dua orang diperlukan untuk menggunakan teknik ini. Pengangkat mestilah berada di bahagian bow dan stern serta berlawanan arah. Tangan pengangkat mestilah memegang bahagian bow dan stern ataupun toggle dengan kemas. Kayak diinjak ke atas dan dikepitkan di pinggang. Sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat.

3. Pikulan di bahu berpasangan.

· Tekniknya adalah sama seperti kelekan di pinggang. Namun,kedudukan pengangkat mestilah selari ataupun sama arah. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mengelakkan kecederaan berlaku sekiranya kayak yang dipikul terjatuh. Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang jauh.

4. Angkat menggunakan tangan

· Dua orang individu diperlukan untuk mengangkat kayak dengan memegang toggle dengan tangan di bahagian bow dan stern dengan kemas. K aedah ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat.

Jenis-jenis Rescue

1. X-rescue



Untuk melakukan bentuk 'X' hanya sebuah kayak akan digunakan untuk membantu terbalikkan kayak yang telah capsized. Kita perlu melakukan perkara tersebut untuk mengeluarkan air yang ada dalam cockpit. Setelah air tiada dalam cockpit, rakan yang capsized boleh kembali naik ke dalam cockpit sambil dibantu oleh rakan lain.

2. H-rescue




Bagi melakukan bentuk 'H' kita perlu menggunakan 2 kayak untuk membantu mengangkat kayak yang telah capsized. Setelah memastikan tiada air di dalam cockpit, rakan yang capsized boleh naik kembali ke dalam kayak dan mendayung seperti biasa.

3. HI-rescue









1 comment:

  1. Online Casinos with the Best Bonuses - 2021
    Best Online Casinos with the Best Bonuses 카지노 · 1. Red Dog 바카라 사이트 – $250 Bonus · 2. Wild Casino – $600 Bonus · 3. Café Casino – $1000 Bonus · 4. PlayAmo – $1000 Bonus 메리트카지노 · 5.

    ReplyDelete