Wednesday 14 May 2014

SENAM AEROBIK


Assalamualaikum.....
Hai semua, untuk entri kali ini kami hendak berkongsi dengan anda semua tentang senam aerobik. Sila scroll ke bawah untuk mengetahui dengan lebih jelas :P



Sejarah Senam Aerobik

Dr. Kenneth Cooper memperkenalkan satu bentuk pergerakan aerobik pada dunia pada tahun 1960-an. Pada tahun 1970-an pergerakan tarian aerobik menjadi tarian yang digemari. Pada waktu itu, sekelompok kumpulan mempelajari tarian ini dalam jangka waktu sekitar enam hingga lapan minggu. Tarian - tarian ini diadakan di gereja - gereja, pusat - pusat rekreasi, kelab - kelab kesihatan dan juga sekolah - sekolah. Pada era ini, aerobik telah jauh berkembang pesat dan berbeza. Sekarang aerobik boleh dilakukan secara individu dengan meniru gerakan senaman yang ditonton. Misalnya cd karya Berty Tylarso, Rudi pocco- pocco, Ester Suwito dll. Aerobik dapat pula dilakukan secara berkumpulan misalnya di pusat - pusat penjagaan kesihatan dan setiap pagi pada acara - acara tertentu.



Aerobik yang dilakukan pada saat ini tidak seperti tarian. Pada saat ini, aerobik mempunyai gerakan yang tersusun, tapi penampilannya tidak bergantung penuh pada muzik. Sebagai tambahan pula, konsep aerobik ini telah meluas dengan adanya berbagai macam jenis latihan seperti latihan dengan kerusi, low impact, hil low impact, step dan juga slide aerobik. 



Definisi aerobik

Aerobik berasal dari kata aeroyang bereti oksigen. Jadi aerobik berkait rapat dengan penggunaan oksigen. Dalam hal lain bererti latihan aerobik adalah latihan yang menggunakan sistem kerja dengan menggunakan oksigen sebagai kerja utama. Gaya senaman yang berlangsung secara berterusan lebih dari empat minit dengan intensiti rendah termasuk golongan aerobik. Jadi senamanyang bersifat aerobik bukan hanya senaman aerobik, tetapi masih banyak jenis senaman lain, misalnya berenang, jalan pantas, lari lintas alam, dan lari maraton.


Definisi Senam Aerobik

Menurut Marta Dinata (2007) senaman aerobik adalah rangkaian gerakan yang dipilih secara sengaja dengan cara mengikuti irama muzik yang dipilih sehingga melahirkan ketentuan ritma, kesinambungan dan tempo tertentu. Senaman aerobik adalah suatu sistemat gabungan antara rangkaian gerakan dan muzik tersebut untuk mencapai tujuan tertentu.


Latihan Senam Aerobik

Latihan senaman aerobik tidak terlepas dari sistem umum pergerakan yang terdiri dari tiga fasa, iaitu : Pemanasan (Warming up)
Dalam fasa ini dapat menggunakan pola warming up yang didahului oleh kegiatan stretchingstreching / regangan otot -otot tubuh dan dilanjutkan dengan gerakan dinamis pemanasan. Pola yang kedua iaitu keterbalikan dari pola pertama dimana seseorang melakukan pemanasan dinamis dulu kemudian dilanjutkan dengan melakukan kegiatan pengenduran otot - otot tubuh.

Kegiatan pemanasan / warming up ini bertujuan iaitu:

  • meningkatkan elastik otot dan ligaman di sekitar sendi
  • meningkatkan suhu tubuh dan denyut nadi sehingga mempersiapkan diri agar siap menuju ke aktiviti utama,iaitu aktiviti latihan.
manfaat melakukan senam aerobik
melakukan aktiviti senam aerobik dengan tekanan yang ideal akan membawa manfaat bagi seseorang. Berikut adalah manfaatnya:

  • melatih jantung, paru - paru dan peredaran darah sehingga dapat mereka bekerja secara lebih efektif dan efisien.
  • melatih kekuatan otot - otot tertentu sehingga otot - otot tersebut lebih kuat.
  • meningkatkan keleturan tubuh dll.
Senaman aerobik di peajar HSM225
Pada 3 April 2014, kami pelajar Kelab Rekreasi HSM225 telah mengadakan amali  senam aerobik. Amali ini dijalankan pada pukul 3.00 petang dan dibimbing oleh Puan Faridah binti Abdul Rahman. Kami telah diajar pelbagai cara dan langkah senam aerobik. Antara langkah senam aerobik yang telah kami pelajari iaitu :


Seronok dan senang kan aktiviti senam aerobik ini ! So korang semua boleh mencuba melakukan aktiviti senam aerobik ini di mana sahaja! okay,sekian sahaja entri kami untuk aktiviti senam aerobik :)

No comments:

Post a Comment