Tuesday, 13 May 2014

IKATAN DAN SIMPULAN

Assalamualaikum....Hye hye hye!!! 

Hari ni kami akan memperkenalkan anda dengan ikatan dan simpulan yang terdapat dalam dunia rekreasi ni...

Ini adalah serba sedikit tentang ikatan dan simpulan ye..

Pengenalan


Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah suatu perkara yang terbukti efektif. Pembelajaran tentang ikatan dan simpulan dapat membantu penyelamat dalam mencapai objektif iaitu menyelamat mangsa.


Definisi Ikatan dan Simpulan

  • Simpulan (knotting), Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana.Terdapat pada ikatan tali atau tambang  yang dilakukan secara sengaja untuk tujuan tertentu. Contoh-contoh simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul, simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

  • Ikatan Penyambung (Bends) Ikatan digunakan untuk menyambung dua tali atau tambang untuk menghasilkan tali gabungan yang panjang. Ikatan ini digunakan untuk dua jenis tali yang mempunyai saiz yang berbeza. Contohnya ikatan Bunga Geti (Sheets Bends)

  • Simpul Pengikat (Hitches) Simpul yang digunakan untuk mengikat atau menyatukan atau menahan objek lain dengan objek yang lain ataupun dengan tali atau objek yang lain.

  • Mematikan hujung tali (whipping) Berfungsi untuk memastikan tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.


Ok..ini antara jenis dan kegunaan ikatan dan simpulan yang ade....feel free to see it !!!


Simpul Mati




Digunakan untuk menyimpul hujung tai terburai dan menjadi ikatan penahan pada takal. Ianya sukar untuk dibuka.


Simpul Angka Lapan


Kegunaannya adalah sama seperti simpul mati, tetapi ianya lebih mudah untuk dibuka.


Simpul Manok


Ianya digunakan sebagai ikatan sauh pada sesebuah tiang untuk kerja-kerja menyelamat.


Simpul Balak


Ianya digunakan untuk mangangkat atau menurunkan kayu, papan atau peralatan.


Simpul Kerusi


Ianya digunakan untuk menaik dan menurunka mangsa dari empat tinggi atau kawasan rendah. Ianya digunakan pada mangsa yang tidak sedarkan diri.


Simpulan Pengail


Digunakan untuk menyambung tali yang sama besar dan licin.


Ikatan Buku Sila


Ianya digunakan untuk mengikat dua tali yang sama saiz. Ianya juga ikatan yang digunakan dalam pertolongan cemas iaitu mengikat hujung kain anduh atau pembalut.


Ikatan Bunga Geti


digunakan untuk mengikat dua tali yang tidak sama saiz. Juga untuk mengikat hujung tali di dalam air.


Ikatan Tindih Kasih


Digunakan untuk menaikkan mangsa yang sedar, juga bertindak sebagai tali pandu.


Setengah Belit


Ianya digunakan untuk mengunci ikatan atau simupulan yang dibuat.


Ok...sekian sudah entry kami untuk kali ni..Semoga berjumpa lagi di entry yang akan datang...Terima Kasih kepada yang sudi membaca..


Semoga Info ini memberi manfaat kepada anda..TQ

No comments:

Post a Comment