Tuesday, 13 May 2014

IKHTIAR HIDUP

Assalamualaikum.

Pengenalan Ikhtiar Hidup

Istilah Inggeris ialah survival iaitu the will to live, to outlive, state of continuing to live. Dalam bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.

Situasi Ikhtiar Hidup

1) Kehabisan bekalan makanan dan minuman
2) Ancaman binatang liar
3) Masalah perlindungan

Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan), fizikal (kecergasan), teknikal (kemahiran) dan material (peralatan, pakaian, dan bekalan).

5 Asas Ikhtiar Hidup

1) Api boleh digunakan untuk memasak api, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan dan membantu menghalau binatang liar.
2) Perlindungan adalah untuk melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari, sejuk, angin dan hujan.
3) Isyarat menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan.
4) Makanan dan air sangat penting dalam ikhtiar hidup di hutan.
5) Pertolongan cemas bukan sahaja keperluan perubaan yang asas, ia juga merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup di hutan.

Ikhtiar Hidup Di Hutan

Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara:
1) Khemah, beg tidur dan tikar getah
2) Mancis, pemetik api, parang dan lampu picit
3) Peta dan kompas
4) Beras, teh, gula, garam, minyak masak dan sebagainya
5) Periuk, pinggan dan sudu plastik
6) Ubat dan alatan pertolongan cemas

Menyedia Api

Seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa mancis atau pemetik api. Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kerig yang diatur dalam bentuk piramid setinggi satu atau dua kaki. Apabila ranting ini menyala dengan baik, ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayu sebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar dan menjadi bara untuk digunakan.

Memasak

Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Sayur juga boleh direbus dalam buluh sebelum dimakan. Ikan pula boleh dipanggang diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit api.

Amali Ikhtiar Hidup di Universiti

Pada 4 April 2014 bersamaan dengan hari Jumaat, kami pelajar Kelab Rekreasi HSM225 telah mengadakan amali ikhtiar hidup di tepi tasik berhampiran asrama siswi dan juga kafetaria. 


Amali ini dijalankan pada pukul 3.00 petang dan dibimbing oleh Puan Faridah binti Abdul Rahman. Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripda empat orang setiap kumpulan. Setiap kumpulan diwajibkan menyediakan empat jenis masakan iaitu:

1) Menanak nasi menggunakan arang
2) Menggoreng sayur (apa sahaja jenis sayur)
3) Membakar ikan atau ayam
4) Memasak apa sahaja jenis lauk yang berkuah

Kumpulan kami yang bertemakan warna merah jambu telah memilih untuk menyediakan sayur buncis goreng, ikan bakar dan lauk sardin. Kami memasak kesemua hidangan tersebut menggunakan api daripada arang.






Kami mula memasak pada pukul 4.00 petang kerana penyediaan bara api mengambil masa yang agak lama disebabkan kawasan tersebut agak berangin.







Setelah selesai memasak, kami mengemas tempat memasak dan memastikan tiada sampah-sampah daripada bahan-bahan masakan yang telah kami gunakan. Kemudian, setiap kumpulan berkumpul di satu tempat untuk menikmati masakan yang telah sediakan oleh setiap kumpulan. Markah diambil oleh pembimbing kami berdasarkan kriteria yang telah diberikan sebelum memasak. 






Walaupun amali ikhtiar hidup ini bukan dijalankan di dalam hutan tetapi kami dapat pengalaman memasak menggunakan arang. Untuk menyediakan bara api, ianya agak susah dan mengambil masa yang agak lama. Api sering terpadam kerana cuaca pada waktu itu agak berangin. 

1 comment:

  1. The 13 best free spins no deposit casino promo codes - JTHub
    What can I get on my new 원주 출장마사지 casino no deposit bonus, and how to 대전광역 출장샵 use it? 전라북도 출장안마 · 1. Voucher code: VOUCH20 당진 출장마사지 · 2. Play for free, no 당진 출장샵 deposit bonus without

    ReplyDelete